Thursday, August 1, 2013

Hari raya entri di minggu terakhir puasa


Alhamdullilah dah 3 minggu kite puasa kan, cepat betul masa berjalan. so tinggal lagi 6 hari je lagi before ramadhan meninggalkan kita semua. ramadhan kali ni i tinggal 2 hari je puasa. yayy! sebenarnya pregnant boleh dapat exception tak payah puasa tapi nanti kena ganti balik tapi memandangkan i larat je nak puasa so better puasa je lah. nak berganti nanti lagi lah malas puasa sorang sorang. weee tak sabar nya nak raya! how's your preparation so far? dah beli baju raya ke? kasut raya? kuih raya dah banyak ke buat? hehe.

Soalan random yang akan ditanya oleh semua orang yang nak sambut raya. excited gitteww. i tak buat baju raya banyak pon, sehelai dua je itupon kaftan sahaja yang boleh i pakai for now. nak buat nak beli pon rasa macam membazir je nanti lepas bersalin dah tak boleh pakai dah. so pakai jelah apa yang ade. next year baru boleh meriah sikit dengan baby lagi nanti, by that time baby pon dah almost nak setahun dah kot. boleh lah design baju kurung yang omel omel untuk baby kite nanti. haha fikir pasal raya tahun depan pulok dah :p

I still tak tahu lagi tahun ni beraya dekat mana, maybe dekat Gombak je or maybe balik K.Terengganu. tapi rasanya macam raya dekat KL je. i pon dah sarat ni esok cukup 8 bulan usia kandungan i. fuhh lagi sebulan lebih je lagi mummy and daddy nak jumpa baby. serious tak sabar. nama baby pon kitorang dah cari but tak finalize lagi. barang baby dah 50% settled. ada lagi sikit sikit nak kena beli. oh i am so excited! next monday ada baby checkup. hopefully everything goes well and baby pon sihat walafiat macam mummy and daddy dia hihi.

Last checkup, doctor said my baby a little bit overweight. sebab maybe my glucose consumption quite high and actually at the borderline level. so nak taknak i kena cut down and reduce my sugar consumption walaupun i rasa i tak ada lah makan benda manis sangat. makan macam biasa je tapi i memang agak sweet tooth sikit sekarang ni *eh pulak haha*,  tapi iyelah kan badan ibu mengandung ni macam macam boleh kena penyakit. penyakit yang tak ade pon and kite tak expect pon boleh datang. so kena lah jaga pemakanan etc. 

So basically thats it for this entry, dah lama sangat tak online pakai laptop. lama sangat sangat. kalau on laptop baru lah baru hupdate blog bersawang ni. tsk tsk. nanti dah ada baby hopefully mummy izzatie ni tak jadi lagi malas lah ye. because this blog is actually my passion. i love to write i love to share tapi keadaan kadang2 tu tak mengizinkan. cehhhh alasan gittewww dah malas tu malas jelah izzatie oi. okaylah, enjoy your last 6 day of ramadhan. selamat hari raya in advance in case i miss the chance to wish you nextweek :p

Thank you for reading this entry!

7 comments:

Fienazzuki said...

Dah lama tak singgah sini. Dah pregnant dah pun. TAHNIAH!!!

Shazwani Ramly said...

eeee dah makin comel dah akak :) selamat hari raya in advance jugak. hiks

Farahin Ahmad said...

Tak sabar nak tengok baby. hihi btw selamat hari raya jugak izatie ;)

Asyik Izas said...

Selamat hari raya aidilfitri Izatie..semoga sihat selalu yea..;)

izni nor ali said...

Gosh dh lama tak baca blog zatie. Hari ni i pulun bce semuaaaaa!!! I love your wedding. Classy! Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, congrats n goodluck for the newborn! Yeayyy. :D dr zman anak dara smpai nak ade baby bce blog u. ;))))

E'in said...

dh lame ein xdtg blog nie... rupenye awak dh kawen and dh pregnant! tahniah ye dan selamat hari raya... :)

RAND's said...

hi..nice entry..visit me back..http://randsomana.blogspot.com/search/label/lukisan.^_^