Friday, July 15, 2011

Sekali Lagi



Saya nak tengok sangat sangat sangat cerita ni ! :O

Okay tu je nak cakap . haha takdelah memain je. sementara menunggu baju siap dibasuh, i nak ambik kesempatan ni nak update blog yang dah hampir bersawang. tapi nak update pendek je sebab actually harini i tak berapa sihat. red light :P so as always, period pain menyerangku lagi. hadoii saket gila perut i. nak tahu i buat apa harini? kalau taknak tahu pon, i nak bagitau jugak. hehe.

I bangun around 11am which quite late sebab semalam pon i tidur awal. hoho tak tahu kenapa sadai gila nak bangun pon payah. lepas tu terus mandi siap siap sebab around 2pm macam tu nadia nak datang ambik i pergi rumah kawan i, ikha. saja melepak dekat sana as well as menyambut birthday kawan i, nadia. ramai jugak ada tadi. ikha, pnut, nadia, hana, qifa, azreen and me for sure.

Semua kawan kawan i from my ex highschool, Setiabudi. best jugak tadi gather reramai sampai tengok movie ape entah i tak focus sangat sebab dok keluar masuk toilet, senggugut punya pasal. huahuahua doii memang silap betul saket harini. nak buat apa pon tak boleh. then around 5.30pm macam tu boyfriend i datang ambik sebab ada hal sikit i nak kena settle dekat sri gombak.

Lepas maghrib tadi, i pergi dinner dengan kawan kawan i dekat Cosy, Great Eastern Mall. i makan nasi goreng ikan masin which is my favourite :) dengan air teh suam kurang manis. haha biasalah dah sakit kan, terpaksa lah minum air bukan sejuk. harini best sangat sebab dapat lepak dengan kawan kawan i yang gila gila. haha memang non-stop gelak. i'm gonna miss them freaking bad :(

One of my friends ni bakal berkahwin hujung tahun ni. and i am so happy for her :') tak sangka jugak antara kitorang, dia yang akan berkahwin dulu. mula mula agak terkejut jugak lah tapi i think she will definitely be a very good wife. nasib lah dia kahwin time i ada dekat Malaysia. hehe tak sabar sangat! all the best to you babe. actually ramai jugak yang sebaya dengan i kahwin tahun ni.

Last but not least, i enable comment for anonymous untuk those yang tak ada blogspot account tapi bukan nya i suruh korang drop comment yang bukan bukan or to be exact comment nak menjatuhkan orang. loser sangat lah cara tu. apa yang korang dapat? seriously nothing. so stop lah jaga tepi kain orang and go and find something else better to do. jaga tepi kain sendiri lagi bagus.

Terima kasih baca entri ini .

5 comments:

Cik Tqah said...

wa.. beshnye zati blk mesia..full of astivity yeaa

KAMIHIDUP said...

:)

Najla Aklili said...

sis ! kat astro first dah ada sekali lagi then dah boleh download ! ;)

+feeza+ said...

zatie...ada tak cara nak hilangkan period pain????fza pun setiap bulan kena..:'(

Puteri Iqa Izyan said...

sekali lagi lain dari yang kita fikirkan ^^_

eh. kwn iqa pon dah ramai kawen. ades. tak sangka ramai jugak kawen muda skang. hee