Thursday, August 11, 2011

Puasa puasa

Hello assalamualaikum semua :) hehe semua sihat ke? amacam puasa okay? harini dah sebelas hari dah kita puasa kan. malam ni malam ke 12 terawih. ada sape sape dah tinggal puasa ke? :P i so far belum lagi. kalau boleh tanak datang bulan langsung :O haha nak puasa penuh. tak payah nak berganti ganti pulak nanti kan. i baru balik dari university. i ada satu tutorial je harini yay me! tapi i bangun agak awal jugak since ada technician datang untuk fixed lampu dekat bilik i. wakakaka kalau korang perasan lah i pernah mention before ni,

Bilik i tak ada lampu since march ke april entah i cannot recalled. haha lama gila i duduk dalam gelap :P tadi pon dia datang check pakai mentol apa je. esok baru dia datang pasang. selama ni kalau i nak buat kerja ke, study ke, or buat apa apa yang memerlukan cahaya lampu, i kena turun bawah. agak menyusahkan jugak lah. hopefully esok bilik i ni berlampu balik :) lagi sejam je lagi nak berbuka. tadi kelas atas restoran subway pergh bau subway memang mengugatkan keimanan betul. rasa macam nak berbuka makan subway je.

Tadi i ada tutorial commerce. everything was okay but the interesting part, people still have a difficulty in pronouncing my name :O since last semester lagi. hadoii tadi tutor i indian tau, she pronounce my name as izzat. i tak tahu kenapa orang susah nak sebut nama i, izzatie. last semester lagi kelakar, ada dua tutor i panggil i izza-tie (tali leher). setiap kali nama i kena panggil, mesti i senyum. haha kelakar kan? even i dah bagitau cara nak pronounce pon, diorang still susah nak sebut. tapi tapelah i tak kisah sangat pon. hehe.

I nak cakap pasal habit orang berpuasa. it happened to me always. and maybe benda ni jadi dekat korang jugak. i selalu bila berpuasa, mesti fikir nak makan itu nak makan ini macam macam lah dalam kepala otak. nak beli itu ini (kalau dekat bazar). tapi bila dah berbuka, minum air je terus kenyang. terus tak ada selera nak makan benda yang dok terfikir tu. haha. dari situ berlakulah pembaziran. ish ish macam mana eh nak buang habit ni? hahaha. i try nak prevent nafsu makan ni, tapi itulah dah lapar memang jadi macam tu kot :P

Sekarang ni i mengidam gila nak makan bubur lambuk dengan murtabak :O nak sangat sangat! cepatlah 26 august ni nak balik nak pi bazar ramadhan. this coming saturday ada event dekat sydney, bazar ramadhan but i tak pergi pon since ada majlis berbuka puasa dekat rumah one of malaysian dekat sini. next week pon still ada bazar ramadhan tu. tapi nak pergi tu macam fikir 18 kali jugak lah. satu sebab jauh, second macam cost nak pergi (duit minyak) macam lagi tinggi dari cost nak makan nanti. unless kalau i pergi naik train. haha.

Enough babbling, i saja update sementara tunggu nak berbuka. hehe.

Thank you for reading this entry! :)

13 comments:

sumaiyah mokhtar said...

nafsu i di bulan puasa ya Allah susah gile nak kawal :)

sheiladzmi said...

Kat umah saya, everyday WAJIB ada air soya! xpenah miss..hehe!
dah follow u pretty!
http://sheiladzmi.blogspot.com/

Anna said...

comel la kamu ni..hihi :)

echa takashimaya said...

it happened to me always too.haha

Rtp Farra Arisha said...

u totally right. mmg tiba je bulan puasa, nafsu makan kita sentiasa up kannn! hehe.
anyways, salam 12th ramadhan ;)

u're so cute in that picture!!

Wanybunny said...

izza-tie? haha lawak je.

Anonymous said...

bertuah badan siapa dpt izzatie ni

Paradise Gal said...

hi miss izzati yg sweet... kerie bw kat sini.. smoga berjumpe lagi.. =)

FARAH IZWANI RAMLI said...

betol lah susah betol nak kawal napsu time tengah lapo kan?
semua nak beli.
time buka minom air dah rasa lega sebenarnya. tak engat dah makan yang dibeli tadi. ehe

Anonymous said...

cumil je..selamat berpuasa tuan empunya blog ;p

Anonymous said...

zatie, buat la tutorial u pkai shawl without inner. please!!!!!! dpt phle kalo kongsi. hehe

cik ETTY said...

shomel la dear ;)
slmt bpuasa :))

izni nor ali said...

okay babe, now i'm wondering. utk berbuka puasa selalu masak sendiri ke? ape fevret dish? heee. :D