Saturday, September 3, 2011

Gombak

Hello :) im back at Gombak! yayy selepas 5 hari dekat kampung, Alor Setar. hari isnin ni i dah balik ke Wollongong. ohh i hate it :O hari ni dan esok rumah i terbuka kepada semua yang nak datang beraya. hehe so sesiapa nak mai raya you are most welcome. semalam sampai Gombak almost 2 am jugak. jalan jem gila! seriously jem. i tidur all the way from Penang to Kuala Lumpur. papa je yang drive semalam kesian dia, anak anak dia semua tidur. huahuahua.

Dah lama rasanya tak update blog ni. rindu rindu :') busy pergi beraya and kutip duit raya. hehe. alhamdullilah collection duit raya i tahun ni memang best! hahaha dah besaq besaq pon dapat duit raya. tak malu betoi :P tahun ni raya is the best raya i ever had! dapat kumpul jumpa semua relatives. ate lots and lots of food! daripada ketupat, rendang, laksa, nasi minyak, kambing bakar, soto, nasi arab and banyak lah lagi which the list is endless. hahaha.

Esok maybe i pi keluar dengan mama papa, pi beli barang sikit nak bawak balik Wollongong. dah masuk bulan september kan? i rasa cepat je masa berjalan. tapi before nak balik raya dekat Malaysia ni, rasa macam slow pulak masa. apekehe entah? haha. lagi dua bulan nak november. i suka november sebab dua sebab. satu sebab birthday i yang ke 21, lagi satu sebab i will be going back again to Malaysia for summer break selama 3 bulan plus plus. HOORAYY!

I tak sabar nak upload gambar raya dekat Facebook. banyak gegila gambar! hahahaha. kepada auntie auntieku, sedara maraku, rakan taulan diharapkan anda bersabar :P hari selasa i sampai Wollongong. malam tu i terus upload eh eh. nasib lah hari rabu i tak ada kelas. boleh lah nak rest sehari. tapi semalam dok borak dengan papa, i cakap lah i nak kena catch kelas pukul 1.30 petang hari selasa tu. i risau tak sempat sampai Wollongong before class i start je.

Approximate arrival time at Sydney airport around 8.15 in the morning. then biasalah airport punya procedure, custom, declare barang, ambik barang then nak naik train balik ke Wollongong. makan masa sikit. hadoii then papa cakap kalau lambat, dia suruh i balik dulu sorang. dia and mama akan uruskan barang semua. sebab i tahu dekat tempat nak declare barang tu confirm berjam. kalau miss train nanti, memang nak tunggu next train tu berjam jugak :O

Anyway, doakan perjalanan i pulang ke Wollongong dengan selamat. amin :) esok boyfriend i hantar insyaAllah ke airport. i really hate this part, time nak turun escalator babai babai, hadoii mesti rasa nak menangis *emotional. haha. so see you again Malaysia in 2 months time. time i balik nanti umur i dah 21 tahun. dah boleh mengundi! huahuahua. i think thats all from me for now. nanti dah sampai Wollongong, i akan kembali active berblogging eh :P

Selamat hari raya Aidilfitri dan terima kasih kerana membaca entri ini!

14 comments:

al_hakim said...

ceria je sy tengok tuan blog ni..=)

dylli said...

eh, kita sebaya kah? hihi.

Zulaikha Harith's said...

ika pulak yg excited ble bce post die kali ni. haha..best kan dpt beraye lbh2 lg dpt duit raye even age makin mngkat itu yg lg berharga :D btw i hope still not late to wish a happy eid mubarak to u my dear. May u hv a save journey. tk care!

Cik Eka said...

wa awak..bestnya raya..saye bace pon mcm nak eksaited jugak...hihi

saharinasaharudin said...

alaaa,dah nk blik ke?xsmpt nk beraya kt umah si gojes ni :(

little ain said...

november is my fav month of all too. will turn 22 InsyaAllah :)

Sasa Samsudin said...

dah nak balik ke zati??selamat hari raye

SyASyA SaNi said...

gombak tu kg ai!

"kmpg" la sgt kn?huuu T________T

♛ Azie Azra ♛ said...

terlambat tak? nak ucapkan selamat hari raya. hehe. hati2 pulang ke sana~

KAMIHIDUP said...

KAMI kembali, hiyargh! Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari KAMI. :)

nurayunni said...

msti bnyk dpt duit raye nie..

Pocket said...

Selamat ari raya,
first time sini, tertarik ngan icon photo kamu dari snippet blog orang lain. trus rasa nak ikut blog ni since kamu belajar di negara luar.

ngan harapan dapat idea baru
dari sana melalui cerita cerita kamu.

selamat ari raya :D

Rtp Farra Arisha said...

selamat pulang pergi ke tempat kuliah!! upload many more ur raya photos on this blog okay!! :D can't wait to see ur lovely photos :)

selamat hari raya sis!!

mohdhazlan Dreadlock said...

cntik gambar raya awk")