Tuesday, May 29, 2012

Polka dot pants

Maybe some of you already know what happened to me yesterday. itupon sebab i post status and tweet dekat Facebook and Twitter wawawawawaa. sampai ke harini i still terbayang kisah sadis i semalam. so saja nak cerita the whole story from A to Z. nak tahu tak? :p okay lets begin, semalam lepas i masak untuk berbuka puasa, i masak nasi goreng ayam and buat sambal ikan bilis je, okay then i nak pi buang sampah di belakang rumah i. i keluar ikut pintu belakang.

Then lepas dah buang sampah semua, i nak masuk rumah balik tengok macam sliding door tu tertutup dengan rapat tapi i tak expect pintu akan terlock. but it does. i was locked up from my apartment. rasa nak menangis time tu jugak tapi fikir fikir balik kalau menangis pon tak dapat apa. so i need to come out with a solutions. time tu yang bestnya i pakai sweat shirt dengan seluar tidur polka dot je and i have nothing with me. no money, no phone, no car key. no nothing.

I decided to knock on my neighbour's door. i borrowed his cellphone and call my real estate agent. dia pon under the same real estate so he got the number with him. i called my agent and i asked her to send me an extra key because i was locked out. then she said i need to come and pick up the key by myself. and i told her i was wearing a pyjamas at that time. and surprisingly she said she can come and send me the key but i need to pay $60 for it. come on, 60 dollars??!

For your information, the distance from the real estate office to my house is just about 5 minutes or less by car. i don't get why she need to charge me that much. $20 sounds reasonable but $60 hmmm. then i decide to go there by myself. i borrowed some money from my neighbour and go find a taxi. my neighbour tu tak ada kereta pulok, kalau ada i dah mintak dia tolong haha. and the office will be closed in 15 minutes masa i call tu. bayangkan i rushing macam mana :O

I went to find a taxi with my pyjamas on. lantak lah orang pandang ke apa, i memang dah terdesak sangat time tu. lucky me, i dapat taxi in just in a second. i pergi straight sana then jumpa lah my agent tu. second issue, she asked me my id or any identification card (license, student card etc). what did she expect me to give? i was locked up with nothing. then kena sign itu ini bla blaa baru dapat kunci rumah. i asked the taxi driver to wait for me and put the meter on.

Lepas dah dapat kunci spare, dah sampai rumah, lega lah sikit rasa tapi satu masalah pulak jadi, korang tahu tak ada rantai besi yang cakok (i don't know the right spelling) dekat pintu tu (main door). benda tu macam tahan pintu dari terbukak. and again, i have to put a lot of effort pushing the door sampai benda alah tu loose. nasib baik i kuat huahauhauhauha i tolak few times akhirnya benda tu tercabut dengan sendirinya. i pon berjaya masuk ke dalam rumah.  

I ganti balik duit my neighbour and thank him for everything. kalau dia takde, confirm i dah meraung depan rumah sorang sorang. satu hal lagi masa i pinjam telefon dia, i memang tak ingat kawan kawan i dekat Wollongong punya phone number. memang masalah jugak lah so i tak boleh nak mintak tolong sesape. tapi in the end, pengajaran untuk diri sendiri jugak. lepas ni nak keluar buang sampah ke nak sidai baju ke, i have to bring along the key with me.

Begitulah alkisahnya tragedi semalam. dengan pakai seluar tidur, time tu dah la nak berbuka puasa dah. last last bukak puasa lewat sejam. memang dugaan betul :O i serious bengang dengan agent rumah i tu. macam tak ambil berat langsung dengan tenant dia. dulu masa sign agreement bukan main lagi baik cakap itu ini. puiiii. rasa macam nak cari rumah lain je lepas habis contract hahahahahaha. so itu jelah i nak cerita. menarik tak cerita i harini? :D

Terima kasih kerana membaca entri ini !


8 comments:

hanabunga said...

Menarik!!!!Hana ada baca akak tweet.Tapi tak berani nak reply.hehe
Itu lah.Dugaan betul.Kesian akak kena buka puasa lewat sejam.Takpa jadikan pengajaran k :)

Rtp Farra Arisha said...

omg i couldn't even imagine if the same thing happened to me. hopefully, it wouldn't happen to you anymore. chill, babe...

farah zainal said...

glamour uu....polka dot! hahah..kidding! bawak sabar ye dik! ingat lain kali bawak kunci! boleh pulak tahan sejuk tu! uishhh...

m0sHiE~ said...

stu per stu i bace. mnarik giler. haha!

AdilaAzmir™ said...

best best. boleh buat novel nih? hehehe:) kene hati hati lah lepas nih kan.

Hardy Boy said...

pengajaran yg berguna utk sesiapa shj supaya sentiasa berhati-hati, maybe masa tu kta cuai sbb kita sibuk dok byk fikir dlm kepala.hehehe

Cik Eka said...

kesian u..semalam kita baca dekat fb...

nana kamarul said...

ape kate letak gambar sweat shirt and polka dot pants tu. LOL *hugs