Wednesday, October 9, 2013

Berpantang


Hi, assalamualaikum semua :) harini Adelea Jasmyne dah 17 hari. cepat kan masa berlalu. nanti tup tap tup tap Adelea pon dah besar. i am currently enjoying myself being a mom. quite tough jugak at first but now i have use to it already hihi. saja je update blog nak cerita pengalaman jadi seorang ibu selama dua minggu ni dan juga berpantang dalam masa yang sama. lagi 23 hari je lagi tempoh berpantang i nak habes. adoidoidoiii rasa lama sangat okay.

Satu sebab rasa lama, yelah dok terperap dalam rumah kan. bosan taktau nak buat ape. lepas tu bukan semua benda i boleh makan. banyak benda tak boleh makan daripada boleh makan. lepas tu nak kena pakai stokin bagai, makan itu ini, zzzzzzz tapi the best part is kena urut. haritu kena urut 3 hari berturut turut wuuu best gila rasa ringan je badan ;) tapi sebenarnya time pantang ni lah kita kena jaga betul betul. memang lah nampak sihat sekarang. dah tua?

Tapi sebenarnya pantang ni untuk kebaikan masa hadapan, for long term purposes. ada setengah orang yang tak berpantang, tak jaga badan, usually bila dah berumur mula lah sakit itu ini, betul tak? dengar dari pengalaman orang jugak. lagi lagi kalau yang bersalin operation, lagi lah nak kena jaga macam macam. okay nak cerita pasal pengalaman dapat jadi ibu, i think it is the best feeling ever lah! malam pertama haritu agak seksa jugak sebab tak biasa kan.

Memang tak tidur lah i dengan hubby berjaga malam jaga baby Adelea. sekejap sekejap baby bangun nak susu lah, pampers basah lah, itu ini. kekadang tu kitorang lost taktau dia nangis sebab ape. hihi kelakar je bila ingat mula mula jaga Adelea. tapi from day to day, kitorang pon dah improve diri masing masing. dah tahu selok belok nak jaga baby ni. waktu tidur pon dah okay compare to day first. tapi still tak cukup tidur jugak haha. bangun susukan baby dan lain lain,

Tapi disebabkan i berpantang dekat rumah my mom, so usually after subuh my mom dah bangun i akan serahkan tugas jaga baby Adelea dekat my mom haha, i dengan hubby masa tu lah nak tidur dengan aman damai dan nyenyak. hehe dapat jugaklah tidur 2-3 jam tiap tiap pagi lepas subuh. lagipon my mom yang akan mandikan baby Adelea semua. i dengan hubby tak berani lagi nak mandikan. walaupun Adelea ni badan dah tegap, tapi still have no guts.

Adelea besar sikit ataupun dah sebulan lebih nanti boleh lah kot i mandikan sendiri. senang je jaga Adelea ni, die tak meragam banyak pon. menangis pon kalau nak susu and kalau pampers basah je. alhamdullilah so far dia sihat :) best sangat jadi seorang ibu ni, walaupun dalam masa yang sama i ade banyak lagi komitmen lain, still belajar lagi, tapi insyaAllah i harap semua nya akan dipermudahkan. nak tengok gambar Adelea banyak dekat instagram i ;)

Okay enuf said i think, Adelea pon nampak gaya macam nak bangun susu.
Till then lovely readers,

Thank you for reading this entry!

7 comments:

ciklaili.com said...

cantiknya nama baby.
selamat berpantang ye..

JANA said...

untungnya org yg dapat rasa nikmat ni..^_^

Nizam Ijam said...

haaa.. comelnyer.... :)

AshiA said...

alahaiiii..i plak yg happy bce post ni yunk... bby awk comey :)
like mother like doter :)

Diela Adiela said...

ya allah kak .dah lamaa tak singgah blog akak .rse nye dekat dua tahun lah and skrg akak dah ade anak .wahh tahniah my sis :0

Diela Adiela said...

ya allah kak .dah lama tk singgh blog akak .rsa nya dh dua tahun tk singgh and skrg akak dah ada anak.wahhh tahniah my sis yg comel:)

Nana Kamarul said...

TyNana tak sabar nak gomol Adelea ni. Heheeeee