Tuesday, December 14, 2010

I-City bosan!

Semalam i dengan kawan kawan i pergi I-City dekat shah alam tu. so semalam pukul 3 macam tu i dah gerak dari rumah hantar adik i pergi terminal putra then i patah balik ke uia. saja ngada ngada nak lepak bilik kawan i, najad. lagipon kitorang tunggu kawan i lagi 2 orang, qiela and zana sebab nak pergi I-City sekali. plus najad ajak makan cupcake yang dia buat. yummy! haha. so around 5 macam tu kitorang gerak from uia menuju ke bandar shah alam.

Around 6 lebih macam tu dah sampai shah alam. kitorang plan nak pergi makan and solat maghrib dulu baru pergi mencari I-City. kitorang makan dekat kedai steamboat Tupai-Tupai. per head rm25! agak murah and berbaloi lah sebab ada macam jenis makanan. memang makan sampai tak boleh nak bangun la sebab terlalu kenyang. haha. sedap pon sedap! :) lepas makan kitorang pergi surau dekat belakang restoran tu je for solat maghrib.

Then baru lah kitorang meneruskan perjalanan ke I-City. mula mula agak terkial kial jugak lah mencari i-city tu but at last jumpa jugak. jalan nak pergi i-city tu tak jem pon nak parking pon senang but kena bayar rm10! tapi yang jadi masalah besarnya dari tempat parking nak pergi I-city tu tarak signboard. eeee menyirap gila kitorang semalam. mencari macam orang gila! haha. berjalan mak aih taknak jauh lagi baru lah jumpa benda lampu lampu tu.

Dah penat dah berpeluh semua semangat pon dah hilang. haha. take time jugak lah baru rasa excited balik! so for sure lah bergambar sakan kan. but semua pakat tak bawak camera including i. haha. so pakai camera phone je. sampai satu tahap semua phone memory full. bayangkan banyak mana kitorang tangkap gambar? haha. disebabkan pakai camera phone je gambar pon tak berapa nak lawa. haha. tapi ada lah few pictures yang i nak share.

*sayang korang ketat ketat

Tapi seriously i rasa semalam lah kali pertama and kali terakhir i jejak kaki dekat I-City tu. indah khabar dari rupa. cewahh! haha. dengar orang cerita macam best je. tapi bila dah sampai sana. rasa macam tak berbaloi je. haha. maybe tempat tu pon tak siap sepenuhnya lagi kot. nasib baik pergi dengan kawan yang gila gila so agak meriah and happening lah semalam! haha. thank you najad, qiela and zana for a great great and awesome day! :)

19 comments:

hudhud said...

mahal gila parking dia. kalau I la, I tak teringin pun nak pergi. ni buat kat rumah I pun boleh haha

una berry said...

yep, I-city mmg indah kabar dr rupa
tapi selama I pernah pegi xpernah kena charge parking ( masa tu free lagi)
dah la guard poyo, sentuh sket sebok la blow whistle dia
huh

Pqa Mn :) said...

zatieee ;)
xbest eyh?hehe
pqa pn xpnh g..
huhu.. naik la berat bdn eyh mkn byk kt tupai2.. HAHA
:)

Miza Yusof said...

teringin nak pergi i-city tapi sampai ke hari ni tak sampai-sampai lagi ke i-city. hehehe :)

Cik Ezy said...

best nye mkn2..jln2..
hee..

.::cik lin::. said...

alah..baru niat nak g sane...bawa anak2 sedara jln2 sbb dah asyik kena perli sbb dah nak skolah balik xkemana2 lg...

kembatolo™ said...

tak cukup gempak ke? kui3..

faraulah said...

Yesss....betul..indah khabar dari rupa!

cik hani said...

wow.. cantek tanduk dia

nub said...

kena cipta s-city.
signboard-city.bhahaha

Yatre Hayati said...

Dulu masa pergi, free aja. Sekarang dah charge 10 rgt. tak berbaloi betul

cimon said...

pics mcm lawaa jek tmpt tu... teringin nak g (^v^)

faradeeba said...

mmg tk best pon.
huhuhu

:P

..lylin.. said...

jauh bangat ke dr parking???....
cm2 xmo p la....huhu

C.A.R.M.I.L.A said...

sian zatie... wlpun akak dekat je dgn i-city tu seriusly akak pg sekali je ari tu mmg xnak pg lagi dah..mmg xbest pon....

.azrina.ahmad. said...

I city memang boring laa! hahaha

asmaroro said...

i rase i-city tu tuk amik2 gamba ngan lampu2 je..sbb tu la tak berapa best kot?

Gda Majidah said...

kak farzana. rindu pula kat dia. auwww! kirim salam dia :P

ouhh, jap jap! i tak pernah pergi lagi i cityyyyyy! haha

ika~~ said...

dear,
those tanduk tu mcm inappropriate la..heh..
coz mufti da kua fatwa about that.
neway, i-city ok la..suam2 kuku klu free msti lg best..lgpun org ske buang smpah merata2 kt situ..betul2 mencemarkan!
till then
x0x0~