

Kahkahkah. tajuk entry ini macam ape je kan? padahal dok syok sendiri berinai sorang sorang dekat rumah ni. haha. harini adalah hari untuk berehat. tak jadi bawak adik i, awfa amanie pergi tengok movie rapunzel sebab baru terfikir bila bangun tadi harini dah lah cuti awal muharram confirm ramai gila orang dekat semua panggung wayang diseluruh negara! so gumbira lah hati ini sebab tak payah nak keluar memana. i took a very long bath today siap buat spa kaki sekali sebab kaki ni dah banyak sangat tekan pedal minyak for the past few days. haha. lepas mandi teka i buat apa kawan kawan?
I pakai inai dekat kuku kaki. kuku kaki jelah tapi. haha. i tak suka sangat pakai dekat kuku tangan sebab nanti nampak macam baru lepas akad nikah. takmau lah orang salah faham pulak kan? haha. dekat rumah i banyak gila lah inai. rasa nak buat jual je. haritu kan i pergi umrah dengan family i. so mama beli berkotak jugak lah inai. tapi tak pakai pakai pon. so tadi i lah yang rasmikan inai yang pertama. rasa teruja sangat pakai! haha. sambil pakai sambil tengok rancangan acoustic raya ada shahir che ahmad hoi hoi hoi. haha. jangan marah eh b tau, i sayang awak sorang je sampai bila bila! hihi. i janji! ;)
Tadaaaa! result inai i after 15 minit! merah kan? haha. baru 15 minit tau. kalau sejam tak tahu lah merah macam mana. oh happy sangat! dah lama sangat rasanya tak pakai inai. hihi. lepas dah basuh inai semua, mama suruh pergi beli barang sikit dekat kedai runcit. then pergi isi minyak sekali. actually i tengah mencari car wash yang machine tu. macam masuk dalam tempat tu ala yang automatic tu. kita boleh stay in the car time machine tu basuh kereta kita. saje je ngada ngada nak try and bawak adik i. haha. ada sesapa tau tak dekat mana car wash macam tu? but i nak yang dekat area gombak lah.
Terima kasih kerana membaca entry ini :)
Terima kasih kerana membaca entry ini :)
16 comments:
inai mekah yg macam ni kejap je merah kan. nanti cepat pudar. inai daun the best. hehe :)
you! bagi lah sikit inai. :P
bestnya pakai inai...suka2...hehhe
waahh,,,berinai pule,,hehe
nak inai satu plsssssss :(
ekeh seronoknya berinai mcm nak kawen je
heee :)
ala. dah terase macam best lah after bace entry ni. esok nak pi carik inai lah :D
haaaaaaaaaaa, I selalu masuk yang car wash machine machine tuh! hehe. tapi dekat area melaka and seremban laa. best wouhh. feel die lain mcm sikit :P
zatie..dekat area giant tu ada la..dekat sek usaha ehsan kalau tak silap...try la tengok..kot2 ada lagi..huhu
wow, bru 15 minit tp da merah. inai mekah mmg best. cantik pulak tu color die kn? wah wah :)
wah...baru 15 minit dah merah macam tu...tgk awak pki inai teringin plak nk pakai...hehehehe...
:))
hey pretty! thanks for following me on my blog :) btw i like ur blog, keep blogging kay :)
My pleasure! :) Same goes to you darling!
i nk inai jugak!
haha
Farysa, nanti i bagi inai dekat u bile jumpe u nanti okay! ;)
Post a Comment